DIVIDEN TABUNG HAJI 2012 …………

Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan pembayaran dividen kepada semua  pendeposit bagi tahun 2012 (untuk tahun kewangan 2011) sebanyak 6%. Pembayaran dividen ini membabitkan anggaran jumlah RM1.67 bilion kepada pendeposit.

Nampaknya ada peningkatan sebanyak 0.5% berbanding tahun lepas. Semalam (02/02/2012), terdapat ramalan dari pakar ekonomi tempatan yang menjangkakan penurunan OPR (Overnight Policy Rate) oleh BNM dalam tahun 2012 ini. Jangkaan ini adalah disebabkan unjuran KDNK negara yang mungkin lebih rendah daripada 5%. Jika ianya dilaksanakan, maka kadar asas berian pinjaman (BLR) juga mungkin akan turun untuk support kepada kelemahan ekonomi dunia, dan pembayaran ansuran bulanan bagi pembiayaan di bank juga akan turun . Antara langkah lain yang diambil oleh BNM bagi membendung isu kelembapan ekonomi, syarat pembiayaan atau pemberian pinjaman telah diketatkan mulai 01/01/2012, inter alia menggariskan bahawa asas kiraan pendapatan adalah berdasarkan gaji bersih dan bukannya gaji kasar pemohon. Kesan ketara yang didakwa berlaku adalah kelulusan pinjaman oleh bank komersil telah menyusut sebanyak 20% mengikut rekod yang dikeluarkan oleh Perodua. Tujuan utama langkah ini diambil mungkin mengikut pandangan BNM, household debt rakyat Malaysia adalah agak tinggi buat masa ini. Trend kenaikan harga barang serta inflasi yang begitu ketara mungkin akan menyebabkan ekonomi negara kita menjadi semakin lemah.

Pada pandangan saya, langkah BNM ini adalah baik dan wajar dilaksanakan sekurang-kurangnya ianya dapat menjadi kusyen dan mengurangkan impak akibat ekonomi global yang tidak menentu……

About these ads

2 thoughts on “DIVIDEN TABUNG HAJI 2012 …………

  1. Salam En Adri,

    Kalau penurunan OPR tu saya setuju sangat, bolehlah hutang rumah habis on time dan tak dipanjangkan akibat kenaikan BLR. Pasal mengetatkan syarat pembiayaan tu saya rasa agak keliru kerana waktu kelembapan ekonomi zaman Tun M dulu, rakyat digalakkan spending untuk merangsang ekonomi dan ini ditunjukkan melalui penurunan kadar BLR yang ketara waktu itu dan tidak berapa mengambil kira soal household debt. Tapi walau apa pun, pada pandangan saya segala dasar turun naik OPR ini adalah proses try n error dan flunctuate anytime ikut keperluan semasa. Namun sebagai rakyat biasa, saya cuma berharap agar kepentingan semua rakyat terutama golongan rendah & menengah diutamakan dan tidak teraniaya dengan mana-mana dasar kewangan,

    btw Rabu 1hb itu hari En Adri ada ke Md Shah Beriyani ke? saya balik dari Sg Balang dan singgah di sana, kalau tak singgah tak sah bila dah di BP. Terpandang En Adri yang saya cam melalui gambar2 percutian. Waktu tu saya baru nak parking, nak tegur tapi En Adri dah masuk & berdesup dengan MPV mewah ada logo BC tu. rugi2..haha.

    1. Ya…. Saya singgah beli briyani md shah on the way balik dari Mahkamah Muar. Rushing sikit sebab wife saya ada ko kurikulum di sekolah, jadi saya kena ambik anak dari sekolah agama…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s