FAMILY TRIP KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (update)…..

Di Entrance masuk ke USS

 Trip kami pada 11/03/2011 yang lepas memang menyeronokkan. Kami bertolak dengan bas persiaran dari BP jam 7-30 pagi. Kami sampai di RNR Tuas lebih kurang pukul 9-45 pagi untuk bersarapan. Urusan di check point Kastam Malaysia dan Singapura di Second Link memang mudah. Sampai di Pulau Sentosa dan bas berhenti di Stesen Bas basement…. canggih betul stesen bas di Sentosa …..

Dari basement stesen bas, ada escalator ke atas dan terus je sampai di entrance USS. Kami tiba di USS lebih kurang pukul 11-00 pagi. First sekali, saya beli Pop-Corn yang famous dan sedap iaitu Garrett’s Popcorn…. memang best!!!

Garrett's popcorn ..... mesti try!!!!!

Saya beli 2 pack medium sized, harganya S$15… memang mahal tapi memang berbaloi….. Kalau beli dengan pack tin yang kecil sekali, harganya kalau tak silap, S$53 dan tin besar S$100++…. Yang pastinya, memang best…..

Caramel Crisp .....

Di luar pintu masuk ke USS ada banyak kedai-kedai lain yang coklat Hershey dan souvenir. Sediakan duit ajelah…. Maklumlah, conversion rate dari RM dah 2.4 sekarang ni…..

Hippo.....

Banyak attraction yang ada kat sana. Agak terkilan jugak sebab hanya sampai di sana jam 11-00 pagi. Rugi 2 jam sebab lewat sampai….

Mula-mula kami hanya jalan-jalan dulu.  Ride pertama yang Arief, Alia dan Aina naik ialah King julien’s Beach Party-Go-Round di area Madagascar…. ia cuma merry-go-round- biasa dengan karekter Madagascar….

Lepas itu, kami lalu di rumah Orge….Shrek. Tak boleh masuk ke dalam… cuma dapat tengok dari luar aje.. Then kami terus ke ‘Far-Far Away Kingdom”. Kat situ kami masuk ke “Shrek 4-D Adventure”. Tengok wayang 4D … habis kena sembur dengan air liur donkey….. memang seronok.

Kat situ, kami singgah di ‘Fairy Godmother’s Potion shop” untuk beli souvenir…..

Depan rumah Orge ....
Di Far-Far Away Kingdom, Shrek .........

Live Show untuk 'Waterworld' .............

Lepas itu, kebetulan pulak  live show ‘Waterworld’ baru start.. Nasib baik sempat tengok live show dan aksi-aksi stunt kat situ….

Next, kami ke “Jurassic Park Rapid Adventure”. Naik raft lalu di kawasan Jurassic Park…. ride ni pun best cuma kena standby baju hujan disposable USS (harganya S$2) sebab kalau tak pakai, mungkin basah ……

Jurassic Park .......

Baby Dino .........

Lepas tu, kami bahagian “Ancient Egypt’ pulak… Kat sini, ride yang ada ialah Roller Coaster Revenge of the Mummy. Kami semua tak naik sebab dah dapat info dari member-member yang dah naik … menakutkan…. so kami skip… cuma relax dan tengok view yang cantik aje  kat situ…..

Ancient Egypt....
'The Mummy' ........

'Treasure Hunters' ......

Then, sampai di “Sci-Fi City”, cuma Yana aje yang berani naik “Battlestar Galactice-Human” … high-speed roller coaster yang lajunya 90km/jam….. kecut perut…..

Saya dengan Arief, Alia dan Aina cuma naik “Accelerator” kat situ….

'Battlestar Galactica'......

Human or Cylons .......
Sci-Fi City .....

 Kemudiannya, kami ke “New York” pulak… Kat situ bangunan dan pemandangan macam kat bandar New York…. memang menarik… Kami jugak sempat tengok “Lights, Camera, Action” di dalam sound studio yang replicate ribut taufan dengan special effect …….

Next, ialah “Hollywood” …… kat situ banyak character cartoon keluar dan bergambar dengan orang ramai… kat situ jugak banyak kedai souvenir untuk di beli…….

Overall….. memang menarik cuma masa saja yang terhad….. Lagipun, park ni ‘international standard’ dan dekat aje …… rugi rasanya kalau duduk di Johor tapi tak ke sana….. Tiket masuk untuk dewasa S$66 dan kanak-kanak S$48….

Tips… jangan pergi masa cuti sekolah atau weekend….. waiting time untuk naik ride lama sangat……

Nak pergi lagi? Mungkin tapi tunggu 2 attraction lagi yang belum siap…. Madagascar dan Transformers…… Mungkin siap hujung tahun ni…

Next year, Malaysia pun akan ada theme park baru…… Legoland kat Nusajaya …….

Di 'New York' ....

Alia kena cekik 'Frankenstein' .....

Athierah kepenatan .....

 

Alia, Aina & Arief bersama Woody Woodpecker .....

 

'Kung-Fu Panda' ..........

 

Ellis, Athierah & 'Woody Woodpecker' ......

 

Athierah kena 'culik' .........

 

Depan USS Souvenir Store .....

 

Habis 1-day tour ke USS...

 

The End .......
About these ads

6 thoughts on “FAMILY TRIP KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (update)…..

    1. Salam. Tak silap saya, tiket dewasa utk weekdays, s$68. So just kali 2.5 je untuk dapat dalam rm. Cuba check harganya kt wbsite. Lebih baik book online, sebab klu weekend biasanya full house…

      Outside food diaorang tak check pun. So boleh bawa apa yang patut… No problem…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s