E-FILING BORANG LHDN TAHUN TAKSIRAN 2009 & ‘OLD TOWN’………….

E Filing

Sempena cuti hujung minggu ini, saya habiskan masa petang untuk membuat semakan dokumen bagi penyediaan borang e-BE isteri saya, Ellis. Kalau tak silap saya, tarikh akhir submission borang e-BE adalah pada hujung bulan April. Jadi bagi mengelakkan sebarang masalah, saya fikir lebih baik urusan e-Filing ini dibuat secepat mungkin. Untuk saya pula, perlu gunakan Borang e-B (Pendapatan melalui Perniagaan) yang mana due date untuk submission adalah pada hujung bulan Jun nanti. 

Bagi penyediaan borang e-BE Ellis, saya telah mengumpulkan dokumen-dokumen yang penting iaitu :-

a) Penyata Gaji (Borang EC) oleh Majikan;

b) Penyata Bayaran Zakat oleh Majlis Agama Islam, Johor;

c) Sijil Perakuan pembayaran premium bagi pelepasan Insuran Hayat & Insuran Perubatan;

d) Penyata KWSP;

e) Resit pembelian komputer peribadi (terhad 3 tahun sekali sahaja);dan

f) Resit pembelian buku & majalah pada tahun 2009;

Rekod dokumen-dokumen di atas ni amat penting dan perlu disimpan dengan baik. Pihak LHDN menetapkan agar pembayar cukai menympan rekod di atas untuk tempoh selama 7 tahun.

Sebenarnya, saya dan Ellis telahpun menggunakan kemudahan e-Filing LHDN melalui internet sejak dari pengiraan cukai tahun 2006 lagi. Pada mulanya, kami terus pergi ke LHDN Cawangan Kluang pada masa itu untuk mendapatkan no PIN dan belajar cara menggunakan e-Filing ini.

Kami masih ingat lagi pada Kak Mashitah, jiran kami yang juga salah seorang pegawai di LHDN yang terlalu banyak membantu kami dalam urusan dengan LHDN. Rasanya sekarang beliau bertugas di LHDN Kuala Lumpur kalau tak silap.

Kemudahan e-Filing ini amat mudah sekali digunakan. Ianya tepat dan amat senang digunakan. Apa yang perlu dibuat adalah hanya masukkan data yang berkaitan dan segala pengiraan cukai akan di generate secara otomatik oleh sistem tersebut.

Sejak saya menggunakan kemudahan e-Filing ni, rasanya masa yang diambil tak sampai pun 15 minit. Sungguh mudah.

Untuk hari ini, saya hanya submit Borang e-BE untuk Ellis sahaja. Bagi borang saya, masih belum boleh diisi sebab audit untuk akaun perniagaan saya masih belum siap lagi…..

Selain dari cerita pasal e-Filing LHDN ni, minggu lepas kami ternampak ada set kerusi jati dijual di Jalan Tg. Labuh. Saya memang dah lama teringin nak letak meja bulat dan kerusi untuk lepak sambil surfing internet di rumah.

Kebetulan pulak kerusi “ala-ala cafe old town” ni ada. So kami pun beli untuk letak kat depan rumah. Syok jugak lepak kat kerusi tu sambil surfing internet, minum kopi dan relax (dan hisap rokok!!!) kat depan tu. At least tak payah susah-susah nak keluar rumah untuk pergi ‘Old Town’. Jimat sikit belanja……hehehe…

Wassalam.

11042010198

11042010200

11042010199

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s