BORANG CKHT-1A, CKHT-1B, CKHT-2A, CKHT-3 …. (Update)

Panduan daripada pihak LHDN berkaitan prosidur serta penerangan bagi pindaan 2009 Akta CKHT telah diletakkan di laman web LHDN. Klik Garis Panduan CKHT [1] untuk muat turun.[di petik dari laman web LHDN]

Pada dasarnya, keseluruhan prosidur penghantaran Borang Nyata bagi CKHT telah berubah (Sila rujuk link Garis Panduan di atas) .

Bagi transaksi pelupusan hartanah selepas 1hb Januari 2010, Pelupus iaitu penjual (Vendor) perlu melangkapkan borang CKHT 1A dalam masa 30 hari dari tarikh pelupusan iaitu tarikh Perjanjian jualbeli. Manakala bagi pemeroleh iaitu pembeli (Purchaser) pula perlu melengkapkan dan menghantar Borang CKHT 2A.

Perubahan ketara kini adalah pihak Pelupus perlu membayar secara ‘upfront’ wang sejumlah bersamaan dengan 2% daripada keseluruhan Harga Jualbeli. Ini bererti, pihak LHDN telah menerima terlebih dahulu jumlah 2% tersebut sebelum apa-apa taksiran Cukai dibuat. Perubahan ini adalah menurut Seksyen 21B yang baru dipinda. Berbanding sebelum pindaan 2007, wang tahanan sebanyak 5% ditahan oleh Peguam Jualbeli sehinggalah Sijil Perakuan Cukai dikeluarkan oleh pihak LHDN.

Jumlah 2% tersebut itu diambil atau dipotong terus daripada deposit yang dibayar oleh Pembeli semasa Perjanjian Jualbeli disempurnakan. Peguam Pembeli akan memastikan bahawa deposit jualbeli yang kebiasaannya 10%, dipecahkan kepada 2 bahagian, iaitu 8% sehaja diserahkan kepada penjual manakala baki 2% dibayar secara terus kepada pihak Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Walaupun begitu, pelupusan yang tidak tertakluk dibahawa Akta CKHT ie. hartanah yang telah dimiliki lebih daripada 5 tahun adalah tidak termasuk dibawah peruntukan Seksyen 21B tadi DENGAN SYARAT pihak Pelupus melengkapkan Borang CKHT 3 dan menghantarkannya bersama borang CKHT 1A tadi. CKHT 3 ini hanya perlu di lengkapkan jika pelupus memilih untuk tidak membuat pembayaran atau potongan 2% tadi.

Borang-borang tadi juga terpakai sama bagi pelupusan hartanah oleh Syarikat.

Jika bayaran 2% tadi tidak dibuat dalam tempoh masa 60 hari daripada tarikh pelupusan, penalti sebanyak 10% daripada nilai 2% tadi akan dikenakan. Jadi, sila pastikan pembayaran tersebut dibuat mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Banyak lagi perkara yang lebih detail diterangkan dalam Garis Panduan CKHT di atas. Mungkin nanti, saya akan cuba untuk menyentuh isu-isu yang berbangkit lagi dalam posting yang lain…Wassalam.

27 thoughts on “BORANG CKHT-1A, CKHT-1B, CKHT-2A, CKHT-3 …. (Update)

  1. Salam.. juz nak confirm kalau nak dapat pengecualian tax untuk property less than 5yrs perlu ke kami isi CKHT 3 selain CKHT1A?

    Tqvm

  2. salam,

    Beli rumah June 2006 pada harga 138,888
    Jual rumah Feb 2011 pada harga 143,000

    Tax diminta oleh peguam 2% dari 143,000 iaitu 2860.
    Adakah saya terpaksa membyar amount ini?
    Bolehkah saya dikecualikan dari cukai ini?

    1. Salam. Ya anda perlu membayar 2% tersebut. Jika layak, anda boleh memohon pengecualian pelupusan bagi rumah kediaman kali pertama dengan mengisi borang Perakuan Pemilihan Pengecualian (Sek.8) dan juga borang CKHT3 …..

  3. Salam, saya telah membeli rumah dan tarikh pelupusan ialah pada Jun 2010. Saya telah menerima salinan CKHT 3 dari penjual dan saya perlu mengemukakan CKHT 2A bersama-sama salinan CKHT 3 yang diberikan oleh penjual tadi. Namun sehingga kini saya masih belum mengemukakan CKHT 2A kepada LHDN. Walau bagaimanapun segala cukai seperti cukai pintu dan cukai tanah 2011 telah pun dibuat. Adakah saya akan dikenakan sebarang denda atau kenaikan cukai?

  4. borang ckht 2A dan 3 perlu dihantar dalam masa yang ditetapkan. Walaupun saudara telah lewat, langkah terbaik adalah dengan lengkapkan borang tersebut dan hantar secepat mungkin….

  5. salam, saya memang tak faham langsung pasal borang CKHT ni. saya dah buat pembelian pada Jun 2010. Pihak peguam telah menyerahkan borang CKHT2A tapi saya masih belum hantar borang ini kepada LHDN kerana tak faham nak isi. Saya ada submit borang secara online di laman web ehasil tapi saya masih tak pasti sama ada cara saya betul atau tidak. Adakah saya akan dikenakan penalti?

    1. Anda perlu hantar borang CKHT 2A dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan. Jika anda telah submit secara online, saya rasa tiada masalah. yang penting anda mempunyai bukti penghantaran bahawa borang CKHT 2A telahpun dihantar.

  6. Hi,

    If you were to purchase a property that the owner owned it more than 5 yrs, do we need to fill up CKHT2A?

    TQ

  7. Walaupun saya telah membaca Panduan untuk isi borang CKHT 1A, Saya masih tidak pasti cara mengisi dan apakah dokumen yang diperlukan.. Ada sample yang telah diisi? Terima kasih.

    1. Jangan risau. Isi maklumat yang kamu tahu saja. Yang penting adalah bukti tarikh pemerolehan, iaitu bukti bila hartanah itu diperolehi/dibeli dan harga atau nilaian semasa pemerolehan. Jadi, dokumen spt perjanjian jualbeli dan borang 14a perlu dihantar serta perjanjian jualbeli yang terkini semasa pelupusan atau jualan…..

  8. If I dispose the property which i owned for more than 5 years, which form should i fill in, CKHT 1A of CKHT 3? If there are 3 owners of this property, how many copies of the form I need to fill in? One of the owner is housewife with no income tax file. Does she need to fill in the form?

  9. salam…
    sya ade permasalahan… 22.2.2012 sya telah membeli tanah (lebih dari 5 tahun [1995 - 2012]) dari seseorang dengan harga 30 ribu tanpa menggunakan khidmat peguam… proses dengan pihak pejabat tanah telah selesai dan borang 14a telah diisi dan dihantar.. geran tanah telah bertukar pada nama saya..
    cukai taksiran oleh pihak LHDN telah dikenakan 10% dari nilai taksiran 37 ribu=RM370.00. duti setem telah dijelaskan..

    untuk borang CKHT 1a dan CKHT 2a sya telah submit kepada pihak LHDN pada 14.03.2012 tanpa membuat sbarang bayaran 2% seperti disyaratkan oleh pihak LHDN…

    setelah saya membaca blog saudara saya dapat tahu, hak saya untuk pelesapasan CKHT dengan menghantar borang CKHT 3….

    adakah saya perlu jelaskan jumlah 2% = RM 600.00 [2% x 30,000] ) tersebut dalam masa 60 hari atau mengisi borang CKHT3 untuk pelepasan cukai tersebut…??

    bolehkah saya menghantar semula borang CKHT3 sahaja atau perlu menghantar semula borang CKHT 1a, 2a dan 3 bersama-sama..? sedangkan saya telah menghantar borang CKHT1a dan 2a shj sebelum ini kepada pihak LHDN….

    mohon nasihat dan pandangan saudara…. terima kasih…. need ur answer early…

    1. Salam. Anda perlu dapatkan salinan borang ckht3 yg telsh dit.t. Oleh penjual. Pada saya, anda boleh hantar borang ckht3 tersebut dengan menyatakan rujukan yang jelas kpd. Lhdn. Tapi adalah lebih baik jika anda hadir secara personal ke pejabat lhdn yang handle fail cukai anda, dan rujuk kpd pegawai di unit ckht secara terus untuk hantar borang tersebut….

  10. Hye. Saya nak tanya. Dekat mana perlu saya file CKHT 2A? Adakah pemfailan CKHT bergantung kepada branch saya atau bergantung kepada branch penjual? Terima kasih

  11. Hi, saya nak tanya. Dekat mana perlu saya failkan CKHT 3, 2A untuk Vendor, sekiranya Vendor tidak pasti cawangan mana dia buka dulu?

  12. Hello,
    I purchased a property. In the S&P the Vendors lawyer undertook to pay the RPGT which amounts to RM3000.00. I did not withhold the 2%. I have filled up CKHT 2A but I have not got the CKHT 3 from the Vendor. Should I send the CKHT 2A first to LHDN? .

    Please reply.

    Tqvm.

  13. i had disposed a Semi D, when need to fill in Form CKHT 1A, how to determine the acquisition price as the asset i acquired as a gift from my parent. Is it follow market price, but is which year market price, as acquisition date or disposal date?

  14. Salam, one enquiry. Kalau dispose asset more than 5 years, kena fill up borang CKHT 1A and 3. Borang Lampiran 4 pengecualian cukai adalah untuk apa ya? Kena fill up juga ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s