PEMBIAYAAN SEMULA RUMAH (HOUSE REFINANCING) Bilakah masa yang sesuai?

 

Kita selalu dengar ramai orang membuat pembiayaan semula rumah untuk mendapatkan wang tunai bagi sesuatu tujuan peribadi. Pembiayaan semula ini biasanya dibuat jika baki pinjaman rumah sediada telah berkurangan kerana ansuran telah dibayar untuk sesuatu tempoh. Pada masa yang sama, nilaian hartanah atau rumah kita juga sudah meningkat membolehkan kita membuat pembiayaan semula mengikut margin nilaian yang lebih tinggi. Mungkin juga, lepas beberapa tahun kita bekerja, gaji kita juga meningkat dan membolehkan kita membuat tambahan jumlah ansuran dengan membuat pembiayaan semula hartanah tadi. Dengan itu, kita boleh mendapatkan kecairan wang tunai lebihan untuk kegunaan peribadi kita.

Sebelum seseorang  membuat keputusan untuk membiayai semula hartanah mereka, terdapat beberapa keadaan yang perlu dipertimbangkan sebelum ianya dibuat, antaranya:-

1) Adakah pembiayaan pertama kita tadi tertakluk kepada denda (EXIT PENALTY) oleh pihak Bank jika diselesaikan dalam tempoh tertentu. Kita perlu menyemak samada terdapat klausa yang mengenakan exit penalty dan adakah temnpoh tersebut masih ada atau pun tidak. Biasanya bank akan mengenakan denda sebanyak 2-5% daripada jumlah pinjaman kita.
2) Adakah kadar keuntungan/faedah yang dikenakan oleh pihak Bank yang baru, lebih rendah daripada kadar pembiayaan yang asal?    

2 perkara di atas perlu disemak dulu sebelum kita membuat keputusan untuk refinance semula hartanah kita.

Selain itu, ada beberapa kos jangka yang perlu kita ambil kira seperti kos guaman melepaskan gadaian bagi pinjaman pertama, kos guaman bagi gadaian dengan bank kedua, duti setem dan perbelanjaan, fee penilaian oleh jurunilai panel bank. Ini adalah kerana kos-kos ini perlu ditanggung oleh anda jika anda membuat pembiayaan semula. Jadi semak semula perkara-perkara di atas sebelum membuat keputusan untuk refinance hartanah anda samada ini adalah masa yang sesuai ataupun tidak untuk anda……

Kesimpulannya, melalui hartanah yang anda miliki, anda boleh mempelbagaikan (leverage) kegunaannya sebagai cagaran bagi pembiayaan. Itulah keistimewaannya pelaburan hartanah ini. Tak kira apa pun tujuannya, pembiayaan semula rumah ini yang pastinya lebih baik daripada anda membuat pinjaman peribadi/personal loan (secara konvensional atau secara islamic) kerana kadar keuntungan bank atau faedah yang dicaj oleh pihak bank bagi pembiayaan perumahan adalah sebenarnya lebih rendah daripada kadar pembiayaan tidak bercagar seperti personal loan.

Memang biasa diiklankan di akhbar atau melalui flyers bahawa kadar pembiayaan peribadi yang ditawarkan adalah rendah ie. 4.5% setahun dan sebagainya. Tetapi kita perlu membuat semakan dengan teliti samada kadar tersebut  adalah melalui kiraan daily/monthly rest ataupun flat rate. Jika kadar yang ditawarkan adalah flat rate, effecftive rate atau kadar sebenar yang dicaj biasanya jauh lebih tinggi dari kadar yang dinyatakan.

Oleh itu, kita kenalah bijak membuat perkiraan dan jangan mudah percaya kepada iklan-iklan yang ada….

8 thoughts on “PEMBIAYAAN SEMULA RUMAH (HOUSE REFINANCING) Bilakah masa yang sesuai?

  1. Thanks for posting this blog post. I just feel like to let you know that I just check out your blog and I find it very out of the ordinary and educational. I can not wait to read lots of your posts.

  2. setelah saya membaca artikel anda saya ingin bertanya tentang bagai mana nak mulakkan satu-satu perniagaan yang melibatkan orang ramai

      1. Oooo. Kalau perniagaan runcit, pertama sekali perlukan tempat yang strategik… Keduanya, perlu bertahan lama (sekurang-kurangnya 1 tahun) supaya orang ramai tau dan kenal tempat tu. Dan last sekali ‘marketing n promotion’….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s