CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT) 2010….

Pagi tadi ada seorang rakan memaklumkan pada saya bahawa Perdana Mentari, Dato Seri Najb Tun Razak telah mengumumkan bahawa kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) sebanyak 5% yang diumumkan melalui Belanjawan 2010 yang lalu hanya terpakai untuk hartanah yang dilupuskan dalam tempoh 5 tahun sahaja. Berikut adalah kenyataan yang dipetik dari laman web Perbendaharaan Malaysia:-

PINDAAN KE ATAS CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 Januari 2010, keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada pelupusan harta tanah yang dipegang melebihi 5 tahun akan dikecualikan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) 5%. Maka apa-apa keuntungan daripada pelupusan hartanah yang mana tempoh pegangan adalah dalam 5 tahun dari tarikh pemerolehan hartanah tersebut akan dikenakan CKHT pada kadar 5%.

Pengecualian ini melibatkan keuntungan bagi kesemua jenis hartanah termasuk saham dalam syarikat hartanah yang dilupuskan oleh semua kategori pemilik hartanah iaitu individu (warganegara, pemastautin tetap, bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap Malaysia), syarikat serta lain-lain pemilik hartanah.

Satu Perintah Pengecualian di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 akan diwartakan untuk menguatkuasakan pengecualian di atas dengan kadar segera.

Lega rasanya setelah mendapat kepastian tentang berita itu. Alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah jika tiada sebarang tempoh ditetapkan untuk tujuan pengenaan CKHT tadi, sudah pasti langkah kerajaan ini akan membantutkan lagi usaha untuk meninggkatkan industri hartanah di Malaysia.

Kesan pengumuman itu tadi tentunya dapat melegakan ramai pelabur hartanah di Malaysia. Malah sejak Belanjawan 2010 dibentangkan lagi, terdapat ramai pelabur dan/atau pemilik hartanah disekeliling saya sendiri, telah berpusu-pusu untuk melupuskan hartanah mereka sebelum 1/1/2010 untuk mengelakkan pengenaan CKHT tadi.

Sebelum pengumuman oleh PM kita tadi, kedudukan cadangan oleh Kerajaan adalah tiada tempoh masa ditetapkan. Cuba bayangkan, jika seorang membeli sebuah rumah teres pada harga 50 ribu pada tahun 1988, dan bercadang untuk menjualnya pada harga RM200 ribu pada tahun 2010, maka keuntungan sebanyak RM150 ribu tadi akan tertakluk kepada CKHT sebanyak RM7500 (Contoh pengiraan kasar tanpa penolakan pelepasan…).

Walaupun jumlah 5% tadi nampaknya suatu jumlah yang kecil, tetapi bagi pelabur hartanah yang aktif menjalankan transaksi, jumlah 5% tersebut secara tidak langsung akan membantutkan kerancakan pasaran hartanah di Malaysia yang kini sebenarnya masih belum pulih sepenuhnya….

Secara peribadi, saya rasa CKHT ini sepatutnya dihapuskan terus. Ini adalah kerana, fungsi Akta CKHT ini adalah sebenarnya bertujuan untuk mengelakkan spekulasi harga oleh pelabur hartanah. Namun begitu, pada saya biarlah kuasa pasaran (market force) yang menentukan harga pasaran hartanah. Ianya tidak sepatutnya disekat buat masa ini.   

Be that as it may, kesimpulannya, langkah kerajaan menetapkan tempoh masa 5 tahun tersebut amatlah dialu-alukan…..  dan diharapkan pelabur-pelabur hartanah akan lega dan mendapat manfaat daripada pengumuman tersebut.

About these ads

24 thoughts on “CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT) 2010….

  1. salam en adri.saya stdnt dr um dan sedang membuat thesis mengenai ckht.saya ingin bertnye lebih lanjut kpd en adri.boleh sy dptkn email?

  2. Salam En Adri. Bagus Info tentang kadar cukai yang memang saya
    tak berapa faham. Saya ada mengirimkan email bertanyakan hal ini
    kepada En. Terima Kasih

  3. saya bekerja sebagai kerani di firm law tuk hal2 jual-beli hartanah.
    so skrg ni aya tak tau cane nak buat pengiraannya…
    blh en huraikan?

    1. Kaedah pengiraannya boleh dibuat secara turutan sebagaimana yang dinyatakan di dalam borang CKHT 1A. Jika awak ikut turutan bagi butiran yang diminta, awak akan dapat mengira anggaran jumlah cukai yang akan dikenakan. Selain itu, dibahagian Lampiran borang CKHT 1A juga ada memberikan cara pengiraannya.

      Ringkasnya, harga jualan (pelupusan) ditolak dengan harga belian (pemerolehan). Dari situ, jumlah keuntungan dapat ditentukan. Selain itu, pihak LHDN ada memberikan relif atau potongan bagi kos-kos yang berkaitan dengan pemerolehan serta kos perbelanjaan yang terlibat dalam menaikkan taraf hartanah tersebut dan juga yuran dan kos guaman. LHDN juga memberikan pelepasan tambahan (relif) sebanyak 10% atau RM10,000-00, yang mana lebih tinggi. Selepas kos-kos tersebut ditolak, jumlah tersebut perlu didarabkan dengan 5%. Itulah anggaran cukai yang akan dikenakan oleh LHDN. Harap penerangan ini dapat membantu….

  4. Boleh saya tahu menegenai pelupusan oleh pemaju. Adakah ia tertaluk kepada CKHT sekarang ini. Dahulunya pemaju tidak dikenakan dengan CKHT. Bagaimana pula jika pemaju tidak menggunakan Jadual H atau G untuk rumah yang telah siap tetapi Perjanjian Jual Beli biasa. Adakah perlu kemukakan CKHT dan adakah ia akan dikenakan CKHT?

  5. SALAM…
    En Adri..bleh sy tahu..erm garis panduan cukai yg dikeluarkan bg tahun 2010 mnyatakan pelupusan dalam tmpoh 2 tahun 30%, tahun ke3 20%..oleh itu sy keliru dgn kadar 5% yang dibncngkan diatas…boleh en adri memberi penerangan?

    sekian, wasalam

  6. salam..encik adri..kalau ada kerugian, adakah akan perlu meremitkan 2% daripada jumlah balasan dlm tempoh 60 hari daripada tarikh pelupusan aset?

  7. kalau ikut pemahaman saya, bayaran 2% tersebut masih tetap perlu dibuat. setelah pengesahan pengecualian cukai dikeluarkan oleh pihak lhdn, jumlah itu akan dikembalikan semula. wassalam

  8. salam encik…sy nk tanya kalau pelupus itu ingin memohon pengecualian ckht sama ada rumah itu telah lebih 5 tahun atau pun baru pertama kali ingin membuat pelupusan, adakah amun 2% itu perlu diremitkan juga kpada lhdn??atau memadai jika hanya menghantar borang ckht 3 bersama ckht 1a?

  9. En. Adri,
    Saya, Zalina bekerja di legal firm,

    Boleh beri saya penerangan bagaimana sekiranya pelupus adalah suami isteri dan berhasrat untuk menjual Hartanah yang dibeli pada tahun Mei 2007.

    Hanya suami yang ingin mendapatkan pengecualian cukai iaitu mewakil 1/2 syer dari hartanah tersebut. Manakala isteri yang mewakili 1/2 syer Hartanah tidak berhasrat mendapatkan pengecualian.

    Terima kasih.

    Zalena

    1. Salam Zalina. Setahu saya pengecualian tersebut hanya boleh digunakan sekali sahaja seumur hidup dan terhad kepada rumah kediaman sahaja. Jika suami atau isteri telah memohon pengecualian tersebut, maka hak tersebut akan lupus dan dianggap telah digunakan oleh pasangan tersebut. Jadi di dalam kes ini, pada saya kedua-dua pelupus perlu menggunakan pengecualian tersebut.

      Rugi jika isteri tidak memohon kerana jika sisuami telah memohon pengecualian maka kedua-dua pasangan tidak boleh lagi memohon pengecualian itu selepas ini.

      Walaubagaimanapun, diharap Zalena dapat hubungi pegawai Unit CKHT di mana-mana cawangan LHDN yang berdekatan untuk mendapatkan pengesahan. Wassalam.

  10. salam en adri,
    saya rabbiatul dan ingin meminta pandangan dan nasihat daripada en adri berkenaan dengan cukai yg dikenakan ke atas jual beli tanah. Baru2 ini ayah saya menguruskan penjualan tanah keluarga dan dikenakan cukai ke atas penjualan tersebut. bolehkah sekiranya pengecualian ke atas cukai di buat sekiranya hasil jualan tersebut digunakan untuk perubatan. dan sy baru terbaca artikel daripada ministry of finance yang mana mulai 1 April 2007 cukai keuntungan harta tanah tidak lagi dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah. dengan perintah tersebut penjual pembeli tidak perlu mengfailkan borang CKHT 1 dan CKHT 2 kepada lembaga hasil.

    1. Salam. Untuk pengetahuan anda, kos perubatan bukanlah relif yang dibenarkan bagi tujuan potongan cukai ckht. Antara relif yang dibenarkan adalah kos-kos yang berkaitan atau incidental kepada pemerolehan dan pelupusan sahaja ie kos guaman, duti setem, fee atau komisyen broker, kos menaik nilai tanah etc.

      Berkaitan pengecualian cukai ckht pada tahun 2007, peruntukan warta tahun 1997 telah pun di repeal dan berkuatkuasa 1 januari 2010, cukai ckht bagi pelupusan dalam tempoh 5 tahun telah terpakai iaitu sebanyak 5%. Manakala pada belanjawan terbaru bagi tahun 2012, kadar cukai ckht bagi pelupusan daam tempoh 2 tahun pula telah dinaikkan kepada 10%. harap penjelasan ini dapat membantu. Wassalam.

  11. salam. en.Adri. Saya dan suami mempunyai tanah lot rumah yang ingin dijual. Tanah tersebut atas nama saya dan suami iaitu masing-masing 1/2 bahagian. Kami memiliki tanah itu pada tahun 2011 yang dibeli dengan harga RM60k. Sekarang iaitu pada tahun 2014 kami ingin menjual pada harga RM 80k. Keuntungan yang diperoleh ialah 20k. Persoalan saya apakah pelepasan 10,000.00 oleh LHDN layak kami peroleh? Jika layak adakah hanya seorang penama atau kedua-dua penama tadi.

    Sekian, harap dapat membantu. Trima kasih.

    1. Salam,

      Untuk makluman puan, berkuatkuasa 1/1/2014, kadar CKHT terbaru adalah 30% untuk tahun 1-3, 20% untuk tahun ke 4, 15% untuk tahun ke 5 dan 0% untuk tahun ke 6 dan seterusnya.
      Pindaan ini dibuat melalui pembentangan belanjawan oleh Pm kita pada 24/10/2014.
      Dalam menentukan tempoh tahun sesuatu pelupusan, tarikh Perjanjian Jualbeli akan digunapakai. Sila puan semak tarikh sebenar pada Perjanjian Jualbeli semasa tanah dibeli (Pemerolehan) dan juga tarikh Perjanjian semasa ianya dijual (Pelupusan).

      Dalam kes puan, bagi tujuan mengisi borang CKHT1A, ianya perle disisi secara berasingan antara puan dan suami. Bererti, 2 set borang CKHT1A perlu diisi mengikut bahagian pemilikan masing-masing. Cara pengiraan CKHT adalah berdasarkan individu. Bagi membantu puan, panduan berikut dibuat sebagai contoh:-

      a) Bahagian Puan adalah 50% bererti harga pemerolehan adalah RM30K (bersamaan 1/2 dari harga belian).
      b) Harga Pelupusan adalah RM40k (bersamaan 1/2 dari harga jualan).
      c) Bererti keuntungan puan adalah RM10K.
      d) Tolakan Relif RM10k.
      e) Baki kena cukai RM0-00.

      Contoh diatas terpakai juga pada suami puan. Puan juga dinasihatkan untuk melampirkan dokumen sokongan lain seperti resit pembayaran duti setem, kos guaman dll sebagai bukti perbelanjaan untuk rujukan pihak LHDN walaupun mengikut kiraan diatas, puan tidak dikenakan cukai.

      Walaupun begitu, puan tetap dikehendaki untuk membayar 2% dari harga pelupusan ie RM1.6K dalam tempoh yang ditetapkan.

      Harap penerangan ini dapat membantu. Wassalam.

  12. Salam En. Adri, berkenaan jawapan pengiraan di atas, tempoh pengangan Pn Niza adalah 3 tahun. So, tertakhluk pada 30% RPGT kan? Tapi sebab tiada baki cukai, so tak perlu darabkan dengan 30% tu? Tapi andai kata ada baki, baru darabkan dengan 30% tu ke? Mohon pencerahan. Terima kasih.

  13. Salam En. Adri, berkenaan nilai pasaran harta tanah semasa pelupusan (CKHT 1B) BAHAGIAN C5, macam mana dapat kiraan atau mana dapat dirujukkan???

    1. Salam..

      Utk makluman… Borang ckht 1B adalah borang pelupusan syer dalam syarikat harta tanah… Ia melibatkan pelupusan syer atau saham dalam syarikat harta tanah dan bukannya tanah semata-mata..

      Nilai tanah tersebut seharusnya lebih rendah dari nilai saham dalam syarikat harta tanah tersebut… Jadi, pada pandangan saya rujukan nilai tersebut boleh diperolehi dari laporan penilaian dari jurunilai, jika ada, atau melalui anggaran nilai oleh pelupus sendiri… Asalkan jumlah tersebut tidak melebihi nilai syer yang dilupuskan… Apa-apapun, diharap dapat rujuk perkara ini kepada pihak LHDN bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan yang lebih tepat.. Terima kasih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s